Klezcar Kereta Sewa Wangsa Maju

Klezcar Kereta Sewa Wangsa Maju

Tuesday, May 23, 2017

4 Restoran Menarik Sekitar Wangsa Maju

Assalamualaikum buat semua followers blog 
Kereta Sewa Wangsa Maju ! 
Diharapkan semua pembaca sihat sejahtera InsyaAllah. Haaa untuk entry kali ini, Klezcar nak kongsikan restoran-restoran menarik di sekitar Klezcar cawangan Wangsa Maju ! Fuhhh ini adalah antara restoran paling top lah kiranya di kawasan ni.. 
Apa tunggu lagi ? Jommmm terjahhhh kat bawah ni.

__________________________

Ahmad Lim Black pancake





Ahmad Lim Black Pancake bermula pada tahun 2015 oleh Uncle Ahmad Lim. Selain pancake ini, Pisang Cheese Jakarta juga tidak kurang popularnya keluaran dari Ahmad Lim. Walaupun harganya agak seidkit mahal, tapi pancake yang diasaskan oleh Uncle Lim ini tidak pernah mengecewakan. Setiap perisa mempunyai keenakkan dan keistimewaan yang tersendiri yang teramatlah berbaloi untuk dibelanjakan demi kepuasan diri sendiri. Jika tidak, masakan orang ramai sudi beratur panjang untuk dapatkan pancake yang istimewa ini. Jadi, jangan lupa singgah ke Ahmad Lim Black Pancake kalau ke Wangsa Maju ya !

Address: Jalan 2a/27a, Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


__________________________


POP's Eatery





Apa keistimewaan Pop’s ni berbanding kedai-kedai lain? Haa cara memesan makanan mereka sama seperti kita nak pesan di restoran makanan segera contohnya KFC, McDonalds dan sebagainya. Jadi, kita tidak perlu tertunggu-tunggu pelayan untuk datang melayani kita. Servisnya sangat pantas. Anda tidak perlu lagi menahan lapar lama-lama kerana makanan western di sini dihidangkan dengan cepat.

Terdapat pelbagai jenis pasta dan makanan barat yang lain seperti chicken chop, kambing bakar dan sebagainya. Namun, apa yang lebih menarik pelanggan untuk ke sini adalah hidangan burger yang sangat lazat. Tidak dinafikan, campuran sos dan patty burgernya sangat sedap dan tidak mengecewakan di samping harganya yang tidaklah terlalu mahal.

Address: Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

__________________________

Burger Bakar Kaw Kaw




Burger Bakar Kaw Kaw adalah antara tempat wajib yang anda harus pergi sekiranya ke Wangsa Maju. Kenapa ianya wajib? Sebab burger-burger di sini mendapat sambutan yang sangat hangat sehinggakan ada yang sanggup beratur sejam hingga ke 2 jam hanya untuk menikmati keenakan burger bakar ni. Antara sebab ianya amat diminati ramai adalah kerana saiz patty burgernya yang 2 kali ganda lebih besar dari patty biasa dan sudah semestinya pattynya adalah antara patty yang tersedap di Malaysia ni ! 

Harganya agak mahal, tapi pastinya berbaloi dengan apa yang akan anda nikmati terutamanya lelehan sos dan keju pada burger, saiznya dan kesedapan home made burger ni. Jom serbu ramai-ramai !



Address:  Jalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


__________________________


Grellas


Anda teringin nak makan western food tapi kalau bawa anak-anak kecil mesti selalu mengucap panjang kan? lagi-lagi yang jenis anak yang susah nak duduk diam tu. Haaa selain makanan barat dengan portion yang besar, dan harga yang tidak terlalu mahal, Restoran Grellas ni juga ada menyediakan tempat untuk kanak-kanak riang ni bermain. Haaa bolehlah ibu bapa makan dengan lebih senang hati !

Restoren Grellas ini juga mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Malaysia dek kerana ayam grilnya yang menawan tambahan pula dengan sos nya yang lazat, menambahkan lagi keenakkan signifikan menu restoran ini, iaitu gril ayam. Selain ayam gril, gril kambing juga turut menjadi tumpuan para pelanggan. Rata-rata berpuas hati dengan makanan di Grellas ini.

Kira, berbaloilah perut kenyang, makanan sedap, layanan pula mesra. Jadi, kalau anda berminat nak cuba, lokasi kedai ini bersebelahan dengan Wangsa Walk iaitu seperti berikut yang tertera di bawah :

Address : 21, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

__________________________

Jom Cuba !


***

Kereta Sewa Wangsa Maju
013- 645 4040

Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)

No comments:

Post a Comment