Assalamualaikum buat semua
followers blog
Kereta Sewa Wangsa Maju !
Diharapkan semua pembaca sihat
sejahtera InsyaAllah. Haaa untuk entry kali ini, Klezcar nak kongsikan
restoran-restoran menarik di sekitar Klezcar cawangan Wangsa Maju ! Fuhhh ini
adalah antara restoran paling top lah kiranya di kawasan ni..
Apa tunggu lagi ?
Jommmm terjahhhh kat bawah ni.
__________________________
Ahmad Lim Black pancake
Ahmad
Lim Black Pancake bermula pada tahun 2015 oleh Uncle Ahmad Lim. Selain pancake ini, Pisang Cheese Jakarta juga tidak kurang popularnya keluaran dari Ahmad Lim. Walaupun harganya agak seidkit mahal, tapi pancake
yang diasaskan oleh Uncle Lim ini tidak pernah mengecewakan. Setiap perisa
mempunyai keenakkan dan keistimewaan yang tersendiri yang teramatlah berbaloi
untuk dibelanjakan demi kepuasan diri sendiri. Jika tidak, masakan orang ramai
sudi beratur panjang untuk dapatkan pancake yang istimewa ini. Jadi, jangan
lupa singgah ke Ahmad Lim Black Pancake kalau ke Wangsa Maju ya !
Address: Jalan 2a/27a, Seksyen
1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
__________________________
POP's Eatery
Apa keistimewaan Pop’s ni
berbanding kedai-kedai lain? Haa cara memesan makanan mereka sama seperti kita nak
pesan di restoran makanan segera contohnya KFC, McDonalds dan sebagainya. Jadi,
kita tidak perlu tertunggu-tunggu pelayan untuk datang melayani kita. Servisnya sangat pantas. Anda tidak perlu lagi menahan lapar lama-lama kerana makanan western di sini dihidangkan dengan cepat.
Terdapat pelbagai jenis pasta dan makanan
barat yang lain seperti chicken chop, kambing bakar dan sebagainya. Namun, apa
yang lebih menarik pelanggan untuk ke sini adalah hidangan burger yang sangat lazat.
Tidak dinafikan, campuran sos dan patty burgernya sangat sedap dan tidak
mengecewakan di samping harganya yang tidaklah terlalu mahal.
Address: Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa
Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
__________________________
Burger Bakar
Kaw Kaw
Burger Bakar Kaw Kaw adalah
antara tempat wajib yang anda harus pergi sekiranya ke Wangsa Maju. Kenapa
ianya wajib? Sebab burger-burger di sini mendapat sambutan yang sangat
hangat sehinggakan ada yang sanggup beratur sejam hingga ke 2 jam hanya untuk
menikmati keenakan burger bakar ni. Antara sebab ianya amat diminati ramai
adalah kerana saiz patty burgernya yang 2 kali ganda lebih besar dari patty
biasa dan sudah semestinya pattynya adalah antara patty yang tersedap
di Malaysia ni !
Harganya agak mahal, tapi pastinya berbaloi dengan apa yang akan anda nikmati terutamanya lelehan sos dan keju pada burger, saiznya dan kesedapan home made burger ni. Jom serbu ramai-ramai !
Address: Jalan 4a/27a, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
__________________________
Grellas
Anda
teringin nak makan western food tapi kalau bawa anak-anak
kecil mesti selalu mengucap panjang kan? lagi-lagi yang jenis anak yang susah nak duduk diam
tu. Haaa selain makanan barat dengan portion yang besar, dan harga yang tidak
terlalu mahal, Restoran Grellas ni juga ada menyediakan tempat untuk
kanak-kanak riang ni bermain. Haaa bolehlah ibu bapa makan dengan lebih senang
hati !
Restoren Grellas ini juga mendapat sambutan
yang hangat daripada rakyat Malaysia dek kerana ayam grilnya yang menawan tambahan
pula dengan sos nya yang lazat, menambahkan lagi keenakkan signifikan menu
restoran ini, iaitu gril ayam. Selain ayam gril, gril kambing juga turut
menjadi tumpuan para pelanggan. Rata-rata berpuas hati dengan makanan di
Grellas ini.
Kira,
berbaloilah perut kenyang, makanan sedap, layanan pula mesra. Jadi, kalau
anda berminat nak cuba, lokasi kedai ini bersebelahan dengan Wangsa Walk iaitu seperti
berikut yang tertera di bawah :
Address : 21, Jalan Wangsa
Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia.
__________________________
Jom Cuba !
***
Kereta Sewa Wangsa Maju
013- 645 4040