Klezcar Kereta Sewa Wangsa Maju

Klezcar Kereta Sewa Wangsa Maju

Tuesday, May 23, 2017

4 Restoran Menarik Sekitar Wangsa Maju

Assalamualaikum buat semua followers blog 
Kereta Sewa Wangsa Maju ! 
Diharapkan semua pembaca sihat sejahtera InsyaAllah. Haaa untuk entry kali ini, Klezcar nak kongsikan restoran-restoran menarik di sekitar Klezcar cawangan Wangsa Maju ! Fuhhh ini adalah antara restoran paling top lah kiranya di kawasan ni.. 
Apa tunggu lagi ? Jommmm terjahhhh kat bawah ni.

__________________________

Ahmad Lim Black pancake





Ahmad Lim Black Pancake bermula pada tahun 2015 oleh Uncle Ahmad Lim. Selain pancake ini, Pisang Cheese Jakarta juga tidak kurang popularnya keluaran dari Ahmad Lim. Walaupun harganya agak seidkit mahal, tapi pancake yang diasaskan oleh Uncle Lim ini tidak pernah mengecewakan. Setiap perisa mempunyai keenakkan dan keistimewaan yang tersendiri yang teramatlah berbaloi untuk dibelanjakan demi kepuasan diri sendiri. Jika tidak, masakan orang ramai sudi beratur panjang untuk dapatkan pancake yang istimewa ini. Jadi, jangan lupa singgah ke Ahmad Lim Black Pancake kalau ke Wangsa Maju ya !

Address: Jalan 2a/27a, Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


__________________________


POP's Eatery





Apa keistimewaan Pop’s ni berbanding kedai-kedai lain? Haa cara memesan makanan mereka sama seperti kita nak pesan di restoran makanan segera contohnya KFC, McDonalds dan sebagainya. Jadi, kita tidak perlu tertunggu-tunggu pelayan untuk datang melayani kita. Servisnya sangat pantas. Anda tidak perlu lagi menahan lapar lama-lama kerana makanan western di sini dihidangkan dengan cepat.

Terdapat pelbagai jenis pasta dan makanan barat yang lain seperti chicken chop, kambing bakar dan sebagainya. Namun, apa yang lebih menarik pelanggan untuk ke sini adalah hidangan burger yang sangat lazat. Tidak dinafikan, campuran sos dan patty burgernya sangat sedap dan tidak mengecewakan di samping harganya yang tidaklah terlalu mahal.

Address: Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

__________________________

Burger Bakar Kaw Kaw




Burger Bakar Kaw Kaw adalah antara tempat wajib yang anda harus pergi sekiranya ke Wangsa Maju. Kenapa ianya wajib? Sebab burger-burger di sini mendapat sambutan yang sangat hangat sehinggakan ada yang sanggup beratur sejam hingga ke 2 jam hanya untuk menikmati keenakan burger bakar ni. Antara sebab ianya amat diminati ramai adalah kerana saiz patty burgernya yang 2 kali ganda lebih besar dari patty biasa dan sudah semestinya pattynya adalah antara patty yang tersedap di Malaysia ni ! 

Harganya agak mahal, tapi pastinya berbaloi dengan apa yang akan anda nikmati terutamanya lelehan sos dan keju pada burger, saiznya dan kesedapan home made burger ni. Jom serbu ramai-ramai !



Address:  Jalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


__________________________


Grellas


Anda teringin nak makan western food tapi kalau bawa anak-anak kecil mesti selalu mengucap panjang kan? lagi-lagi yang jenis anak yang susah nak duduk diam tu. Haaa selain makanan barat dengan portion yang besar, dan harga yang tidak terlalu mahal, Restoran Grellas ni juga ada menyediakan tempat untuk kanak-kanak riang ni bermain. Haaa bolehlah ibu bapa makan dengan lebih senang hati !

Restoren Grellas ini juga mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Malaysia dek kerana ayam grilnya yang menawan tambahan pula dengan sos nya yang lazat, menambahkan lagi keenakkan signifikan menu restoran ini, iaitu gril ayam. Selain ayam gril, gril kambing juga turut menjadi tumpuan para pelanggan. Rata-rata berpuas hati dengan makanan di Grellas ini.

Kira, berbaloilah perut kenyang, makanan sedap, layanan pula mesra. Jadi, kalau anda berminat nak cuba, lokasi kedai ini bersebelahan dengan Wangsa Walk iaitu seperti berikut yang tertera di bawah :

Address : 21, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

__________________________

Jom Cuba !


***

Kereta Sewa Wangsa Maju
013- 645 4040

Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)

Sunday, May 14, 2017

Anda kena PERCAYA! Di Klezcar Ada Cara Super Jimat Untuk Anda Sewa Myvi 1.3(A)



Assalamualaikum & Selamat pagi pembaca blog Kereta Sewa Wanga Maju !


Nak tanya ni... atas jalan raya, kereta apa yang paling senang anda jumpa ?  ~ Mesti ramai jawab #Myvi kan?
.
Kenapa ye asyik-asyik Myvi je? Kecil?.. atau Murah?.. atau Baru?..
.
Okay, kami setuju kalau di antara itu ada jawapan anda ! Saiz Myvi yang kecil memudahkan pemanduan. Murah pun ya..sebab tu ada di kalangan pelajar pun dah mampu miliki kereta comel ini. Kadar sewa Myvi pula hanya di antara Rm 130 ~ 180 sehari.

.

Tapi tahukah anda?.... DENGAN KLEZPOINT, ANDA BOLEH SEWA MYVI PADA HARGA SERENDAH RM65 SAHAJA!!
.
.

Nak tahu lebih lagi? Mari lihat iklan di bawah :



Percaya tak dengan apa yang anda lihat?? Anda kena PERCAYA !

Di Klezcar, ada cara Super Jimat untuk anda sewa Myvi 1.3 (A) !

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
400 Klezpoint terkumpul membolehkan anda menyewa kereta Myvi dengan HANYA RM 90 ~ 1 hari.

650 Klezpoint terkumpul pula membolehkan anda menyewa kereta Myvi denga HANYA RM 65 ~ 1 hari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEWA, KUMPUL dan TEBUS untuk sewaan seterusnya!

.
.

Pertama kali dengar tentang Klezpoint? Di Klezcar kami beri anda lebih nilai supaya lebih jimat.
.

Setiap sewaan kereta di Klezcar mana-mana cawangan seluruh negara, anda layak menerima point-point yg boleh dikumpulkan dan ditukarkan kepada hadiah-hadiah menarik, diskaun hebat mahupun sewaan percuma !!!

.

Rebut point berganda apabila membuat tempahan secara online di Laman Web Rasmi Klezcar


.***

Kereta Sewa Wangsa Maju
013-645 4040
***


Tempahan | www.klezcar.com

Tempahan & Pertanyaan | 1300-88-4040 (24 jam)



Sunday, May 7, 2017

Sejarah Kereta Pertama Keluaran Perusahaan Automobil Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Sebagai anak kelahiran Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana Malaysia mampu mencipta sejarah apabila dapat mencipta kereta dengan jenama sendiri. 

Bermula tahun 1985, jenama PROTON atau singkatan kepada PeRusahaan OTOmobil Nasional telah pun dilancarkan dengan pengeluaran kereta pertama iaitu Proton Saga. Kini, Proton sangat dikenali dengan nama-nama kereta yang membawa semangat seperti Waja, Wira, Saga, Juara dan Perdana.

Proton Saga keluaran pertama



Perodua (PERusahaan Otomobil KeDUA) pula kemudiannya diwujudkan bermula tahun 1993 dan telah melancarkan kereta pertamanya pada tahun 1994 diberi nama Perodua Kancil.

Perodua Kancil keluaran pertama

Kini, Proton dan Perodua sudah semakin berkembang dan menempa nama bukan setakat di Malaysia, bahkan meluas ke serata dunia. Perkara ini sangat membanggakan nama Malaysia kerana kita nyatanya tidak kurang hebat dalam bidang teknologi automobil ini.

Tahun 2017 ini, di Klezcar kami juga memiliki kereta dari jenama Proton dan Perodua bagi keluaran terbaru antaranya seperti Proton Persona, Proton Bezza, Perodua Myvi, Perodua Viva dan banyak lagi.


Tempahan kereta sewa secara online di:

Semakan harga:

Untuk pertanyaan - Hotline (24 jam)
1300 88 4040

***
Hubungi kami...Kereta Sewa Wangsa Maju..
013-645 4040